MAAFKAN KAMI, PALESTIN...

Sembang Petang

24-11-2023 • 21 minutes

YB Viral, Dayangku Intan dan Zam Yahaya berbicara mengenai satu pantun yang ditulis oleh Zeina Azzam bertajuk “Tulis Namaku Di Kakiku, Mama” dalam podcast Sembang Petang kali ini. Media melaporkan sesetengah ibubapa di Gaza terpaksa menulis nama anak-anak mereka di kaki mereka untuk membantu mengenal pasti diri mereka jika mereka atau anak-anak mereka terbunuh. Berikut adalah pantun tersebut yang telah diterjemahkan ke Bahasa Melayu: Tulis nama ku di kaki ku, Mama.. Gunakan penanda kekal berwarna hitam, Dengan dakwat yang tidak meleleh, jika ia basah. Dengan dakwat yang tidak cair, jika ia terdedah kepada panas. Tulis nama ku di kaki ku, Mama.. Jadikan garisnya tebal dan jelas, Tambahkan seni tersendiri istimewa mu. Supaya aku bisa tenteram melihat, tulisan tangan mama ku apabila ku tidur. Tulis nama ku di kaki ku, Mama.. Dan di kaki kakak dan abang ku, Dengan cara ini, kita akan menjadi milik bersama. Dengan cara ini, kita akan dikenali sebagai anak-anak mu. Tulis nama ku di kaki ku, Mama.. Dan sila tulis nama mu, Dan nama Baba di kaki mu juga. Supaya kita akan diingati, sebagai sebuah keluarga. Tulis nama ku di kaki ku, Mama.. Jangan tambah walau sebarang nombor, Seperti semasaku dilahirkan atau seperti alamat rumah kita. Aku tak mahu dunia mengenali ku sebagai nombor, Aku mempunyai nama dan aku bukanlah nombor. Tulis nama ku di kaki ku, Mama.. Apabila bom meledak rumah kita, Apabila dinding menghancurkan tengkorak dan tulang kita. Kaki kita akan menceritakan kisah kita, Betapa tiada tempat untuk kami lari. —Zeina Azzam #YBViral #SuaraSemakImbang #DemiNegara #RakyatJagaRakyat #JanganJadiMacaiPolitikus [podcast ini telah distrim secara langsung melalui TikTok dan YouTube pada 23 November 2023]

Vous pourriez aimer

Pensez stratégique
Pensez stratégique
Ministère des Armées
Sources diplomatiques
Sources diplomatiques
France Diplomatie
The Lawfare Podcast
The Lawfare Podcast
The Lawfare Institute
Combats futurs
Combats futurs
Commandement du combat futur
Buzz with the Fuzz
Buzz with the Fuzz
City of Apple Valley MN
GODWISDOM7
GODWISDOM7
God Truth Allah
A Voz do Brasil
A Voz do Brasil
Rádio Senado
Lideres Capital Rock
Lideres Capital Rock
Orlando Cisterna
Charlottetown
Charlottetown
Centre for Constitutional Studies
Helsinki on the Hill
Helsinki on the Hill
Commission on Security and Cooperation in Europe
Seeing Red
Seeing Red
Andi Turner & Garrett Fulce
Lo Mejor de Semana | Agricultura
Lo Mejor de Semana | Agricultura
Agricultura Comunicación Social
My Rowlett
My Rowlett
City of Rowlett, Texas